Friday, 10 February 2012

kelebihan berbekam mengikut Rasulullah

Nabi S.A.W bertemu malaikat di langit melainkan berpesan dengan mereka itu dengan katanya”Alaika Bil Hajamah”Ertinya lazimkan atasmu Ya Muhamamad dengan berbekam”maka berbekam itu sangat baik pada mengeluarkan darah-darah kotor dan angin-angin kotor di dalam badan atau di kepala seperti sabda Rasulullah S.A.W ertinya”Bermula sebaik-baik itu ialah berbekam dan sabdanya lagi”Sebaik-baik hari kau berbekam padanya hari yang ketujuh belas,dan hari yang kesembilan dan hari yang kedua puluh satu pada tiap-tiap bulan dan melalui malaikat pada malam aku di israkan berkata mereka itu”Ya Muhammad dengan berbekam.”
Imam Bukhari berkata”Dari Jabir bin Abdullah,katanya:Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,jika terdapat kebaikan pada ubat-ubatan kamu,maka sebahagiannya wujud daripada berbekam.Berbekam merupakan satu cara pembersihan darah, dengan mengeluarkan sisa toksik dari badan melalui kulit secara sedutan.Ia merupakan perubatan Islam yang telah diamalkan 1400 tahun dahulu sehingga hari ini.Bekam adalah sistem pengubatan Rasulullah S.A.W yang dinyatakan baginda oleh hadis-hadis berikut.Dari Anas Bin Malik r.a:Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Bahawa tidak saya berjalan pada malam israk dengan malaikat melainkan mereka berkata,Wahai Muhammad perintahkanlah ummatmu dengan berbekam”
.Dari Nafiq r.a Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Barangsiapa yang berbekam maka keatasnya keberkatan dari Allah SWT dan berbekam menghilangkan kahak,lendir dan lemak”.Dari Ibnu Abas r.a Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Sebaik-baik ubat adalah berbekam kerana ia menghilangkan penyakit, meringankan pinggang dan mencerahkan mata.





No comments:

Post a Comment