Sunday, 12 February 2012

RAWATAN BEKAM

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mikraj.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah Berbekam”. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim].

Dan lagi: “Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. [Hadis riwayat Ibnu Majah].

Dan lagi: Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan mengenai tiga perkara tentang penyembuhan, “Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy), tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api”. [Hadith riwayat Bukhari & Muslim].

credit:http://xmrsmtaiping8286.wordpress.com/category/physical-health/

No comments:

Post a Comment